9 TIPS ANDA PERLU TAHU SEBELUM BERBISNES AIR BALANG DI TEPI JALAN.
Baca betul-betul ye tepi jalan bukan tengah jalan. Hehe
gurau ja.Artikel kali ni saya nak bagi anda tip berniaga air di tepi jalan.
Antara bisnes paling rendah modal senang diuruskan adalah bisnes air balang
melainkan bisnes air anda yang anda rancang tu melibatkan air kelapa dan pokok
tebu. Mungkin kena rajin lebih kena angkut dan pastikan sisa bahan buangan tu
dikemas dengan baik.
Tips ni mungkin ada yang tahu cuma saya mahu berkongsi.
Ada yang saya dapat dari google, ada melalui pembacaan dan sahabat yang pernah
berniaga air serta kursus pemasaran makanan. Oh sebelum saya lupa tip ini juga
sesuai apa jua bisnes yang berniaga di tepi jalan samada goreng pisang,nasi
lemak dan kuih muih.Kalau tak semua berkaitan pun masih ada sebahagian yang
boleh diterima. Ok jom baca 9 tips berkaitan bisnes balang air dibawah:
1. KONSISTEN BERNIAGA
Aha yang
ini mungkin ke memang terjadi pun kat anda kan? Hari kita teringin nak beli tak
ada pula berniaga, alih-alih buka pula gerai hari kita rasa tak nak beli pun.
Lama-lama kita pun menyampah nak singgah ke gerai tu. Jadi bila anda nak
berniaga ni cubalah konsisten buka setiap hari,kalau ada hal lain pun cuba anda
upah sesiapa pun untuk jaga gerai anda tu.
Sebab apa perlu konsisten?sebab jualan gerai kita boleh
jadi pelanggan tetap kita 40% jadi merekalah yang selalu membeli,silap-silap
pelanggan kita gunakan pemasaran ‘mouth to mouth’, tunggu je lah pelanggan kita
pasti akan bertambah.
Kita buat gerai sekejap buka sekejap tutup lama-lama
orang sakit hati dan tak akan singgah gerai kita lagi. Kan dah rugi
2. AIR WAJIB – AIR MILO
Air milo
memang wajib ada sebab air milo mempunyai daya tarikan yang tinggi terhadap
kanak-kanak. Mak ayah pasti berhenti beli untuk anak mereka, secara tak
langsung mereka beli juga air yang lain.
3. MODAL 1/3
Walaupun
modal bisnes balang air ni rendah tapi pastikan modal harian untuk setiap satu balang
hanya 1/3 atau ¼ sahaja dari hasil jualan.
Contohnya
kos untuk buat 1 balang air jambu ialah RM20 tetapi bila habis terjual 1
balang air, anda dapat RM80.
Dengan mengawal kos membuatkan anda lebih
tenang berniaga dan tidak mengalami ‘down’ bila air anda tak habis. Sebab anda
dah tahu anda hanya perlu menjual 1/4
atau 1/3 untuk mendapatkan modal balik pada hari jualan tersebut.
4. PANTAS LAYAN PELANGGAN
Belajar
la mengikat bungkusan minuman, tak ada la nanti terkial-kial nak mengikat depan
pelanggan, buatnya pelanggan order banyak dah kelam kabut kita nak mengikatnya.
Nak lagi senang pakai cawan plastik minuman, mudah kan?
Berniaga
tepi jalan ni, elakkan berniaga di tepi jalan yang hanya jallan sehala.
Jalan sehala maksudnya, jalan yang ada divider di
tengah-tengahnya. Sebabnya di jalan sehala ini pemandu selalunya memandu dengan
laju. Bila memandu laju agak sukar untuk mereka memberhentikan kenderaan
singgah membeli di gerai anda.
6. GERAI DI SEBELAH KIRI JALAN
Pada
pukul 3 ke 7 petang pastikan anda buka gerai di sebelah kiri, laluan orang
pulang ke rumah. Barulah orang senang nak singgah ke gerai anda, jika tidak
mereka terpaksa u turn.
Di sebelah pagi antara pukul 6-9 pagi pula pacak gerai
anda dilaluan kiri menghala ke Bandar atau ke pekan dimana orang pergi keluar
bekerja.
7. CARI TEMPAT MUDAH PARKING
Ini
memang patut sebab mereka perlu berhenti untuk membeli melainkan anda buat
konsep drive thru.
8. BERNIAGA DI SEBELAH GERAI ORANG LAIN
Orang
akan suka pada gerai yang banyak pilihan untuk mereka membeli tapi pastikan
mereka menjual produk lain dari anda. Lagi satu kalau orang beli makanan sudah
semestinya mereka membeli air.
9. GANTUNG BANNER
Bagus jika letak gambar dan tulis besar-besar supaya dari jauh pelanggan tahu apa yang anda jual kalau tidak mereka akan teragak-agak untuk berhenti.
Jangan ingat meja,payung dan balang saja dah cukup untuk membuka gerai. Banner juga item penting untuk anda berjualan gerai.
Selain dari tip di atas saya juga syorkan anda dapatkan ebook ni.Ebook ni dihasilkan oleh mereka yang berpengalaman dalam bisnes balang air ni. Sebaik-baik peniaga adalah peniaga berilmu. Bulan puasa pun tahun depan, lama lagi kan? Berniaga air pun untung juga cuma ambil kesempatan dapatkan ilmu berniaga air ni dulu, ok?


Comments
Post a Comment