Artikel kali ni bercerita
tentang saham. Bukan apa dengan isu kenaikan minyak petrol dan minyak masak
kadang-kadang membuatkan saya terfikir suara kita dan kepentingan kita sudah
tidak dipedulikan lagi, dari kita dok buat berbunyi alangkah baiknya kita
pedulikan apa yang kita perlu meningkatkan pendapatan, bajet la sehabis baik
mana pun barang keperluan tetap perlu dibeli.
Berbagai
usaha dilakukan salah satunya dengan melabur dalam saham.Jom kali ini saya
kongsikan info santai mengenai saham. Info saya kongsikan disini adalah dari fb
mohd asri, zamsaham dan blog pakdi.
1. PASARAN SAHAM ADALAH PLATFORM PERJUDIAN
“Bumiputera
lebih cenderung memilih unit amanah seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah saham
Nasional dan Tabung Haji berbanding melabur di Bursa Malaysia (link
ebook) berikutan stigma masyarakat yang beranggapan pasaran saham adalah
platform perjudian” – Felo di Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Pusat
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Mohamad Azhar Hashim.
2. BILANGAN KAUNTER SAHAM PATUH SYARIAH
Terdapat
699 saham yang patuh syariah.
3. PERBEZAAN PELABURAN ASB DAN SAHAM
Antara
salah satunya ASB hanya menawarkan satu bentuk pulangan saja, iaitu dividen.
Melabur di pasaran saham pula memberikan anda 2 bentuk pulangan :
1) Keuntungan hasil perbezaan harga saham
2) Dividen (Ada syarikat yang bayar 2 atau lebih 1 kali
setahun, ada yang bayar 1 kali setahun dan ada yang langsung tak bayar).
4. BUKA AKAUN CDS MESTI MAHAL
Buka
akaun CDS hanya RM10.60 sahaja, dan modal minima untuk memulakan pelaburansaham RM1000.00 sudah mencukupi. Jika betul-betul ingin mendapatkan keuntungan
melalui saham modal sebenar yang minimum adalah RM5,000.00
5. PERNAH DENGAR AJINOMOTO?
Selalu
guna je kan barang ajinomoto? Tapi tak pernah pun ambil tahu anda boleh buat
untung dengan saham ajinomoto. Untuk pengetahuan ajinomoto Malaysia berhad
sudah tersenarai di pasaran saham sejak 1987.
Pergerakan harga saham ajinomoto
Disember 2014 – RM 5.50
Disember 2015 – RM 9.00
Kenaikan – RM 3.50
6. SAHAM TERMAHAL
Saham
termahal di dunia adalah saham bagi syarikat Berkshire Hathaway Inc. Harga
saham syarikat ini ialah USD 217,900.00 seunit atau bersamaan dengan
RM911,181.54. Ya SEUNIT.
7. TOP 5
Bursa
Malaysia merupakan bursa yang berada dalam kedudukan top 5 bagi peringkat dunia
dari segi penerbitan IPO.
8. WARREN BUFFETT
Mungkin
ramai mengenali sebagai pelabur yang Berjaya,tahukah anda beliau membuat
pelaburan pertama ketika berumur 11 tahun. Dengan modal $114, beliau membeli 3
unit saham Cities Service Preferred pada $38 sesaham. Belajar sesuatu?Bermula
lah awal.
9. 10 SAHAM PATUH SYARIAH TERMAHAL.
Turutan
mengikut harga saham
1- Nestle (Malaysia) Berhad. (RM 78.20)
2- Dutch Lady Milk Industries Berhad. (RM 59.96)
3- United Plantations Berhad. (RM 28.00)
4- Fraser & Neave Holdings Berhad. (RM 24.26)
5- Kuala Lumpur Kepong Berhad. (RM 23.94)
6- Petronas Dagangan Berhad. (RM 23.46)
7- Petronas Gas Berhad. (RM 21.80)
8- Batu Kawan Berhad. (RM 18.02)
9- PBB Group Berhad. (RM 16.08)
10- Tasek Corporation Berhad. (RM 18.80)
Dan percaya lah bahawa kebanyakan kita pelanggan
sekurang-kurangnya kepada 4 buah syarikat di atas kan?
????
Ada 11 kan kalau ikut tajuk? Tak pa kalau ada nanti saya
tambah, kalau tak anda boleh ja dapatkan ebook saham ni. Tapi terus terang saya katakan ebook ni sesuai jika anda ada asas mengenai saham


Comments
Post a Comment